|
Terma dan Syarat
Pembelian
Berikut adalah
terma dan syarat untuk produk "Ebook Rahsia Tau Fu Fah Terbongkar".
Dengan setiap pembelian produk ini, secara automatik anda terikat
sepenuhnya terhadap perkara-perkara tersebut.
Harga Ebook,
Pengkhususan, Hak Eksklusif dan Sokongan .
1. Harga tetap
untuk produk ini adalah RM67.00, melainkan jika pihak kami,
soyadiy.com, melakukan sebarang promosi atau potongan harga atau
dalam maksud yang lain menurunkan kepada harga yang lebih murah,
maka harga akan kurang daripada jumlah tersebut. Pihak kami juga
berhak menaikkan harga apabila perlu dan bila-bila masa sahaja tanpa
sebarang pemberitahuan terlebih dahulu secara umum atau secara
langsung.
2. Harga RM67.00
adalah untuk Ebook sahaja. Lain-lain 'bonus' adalah bahan tambahan
semata-mata dan tidak tertakluk kepada harga produk ini.
3. Jika kami dapati
anda menggunakan ebook yang diperolehi daripada sumber yang haram (cetak
rompak), maka kami akan menggunakan apa sahaja cara termasuk
tindakan undang-undang. Produk ebook ini hanya boleh
diperolehi melalui laman web soyadiy.com .
4. Ebook panduan
ini adalah mengenai Panduan Membuat Air Soya Dan Tau Fu Fah sahaja.
Ebook ini tidak akan mengajar anda tentang dapur masak, dan yang
berkaitan .
5. Hanya pembeli
yang sah sahaja yang berhak menggunakan segala kelebihan dan bonus
eksklusif seperti yang dijanjikan di laman utama web ini.
6. Support yang
diberikan adalah percuma. Namun, ia tertakluk kepada perkara
berkaitan sahaja. Kami tidak menjanjikan support 24 jam kerana waktu
kerja kami ialah dari pukul 8.30 pagi sehingga 5.00 petang sahaja,
Isnin hingga Jumaat. Jadi, segala persoalan perlulah dihantar pada
waktu bekerja untuk kami menjawab pada waktu tersebut.
Penghantaran
Produk
Produk ini adalah
dalam bentuk digital dan ia perlu didownload. Ia bukan melalui CD
iaitu kami tidak akan menghantarnya melalui Pos ke rumah anda,
melainkan jika kami menyatakan penghantaran dalam bentuk CD .
Tempoh masa
penghantaran adalah di antara 24 hingga 48 jam. Namun biasanya
penghantaran link download dilakukan dalam masa 12-24 jam sahaja.
Bergantung kepada faktor dan keadaan tertentu.
Sampel bahan akan
dihantar kepada pelanggan dalam masa 7 hari. Jika anda tidak dapat
sampel bahan sila hubungi kami di admin[@]soyadiy.com . Pelanggan
akan menerima sampel dalam tempoh 10 hari selepas kami menghantarnya,
kami menggunakan pos biasa .
Jaminan Pulangan
Wang
1. Pihak soyadiy.com
menjanjikan pulangan wang selama 90 hari dari tarikh anda
menerima Ebook ini, namun dengan beberapa syarat 'ketat'
seperti berikut:
-
Pembeli telah
berusaha dengan bersungguh-sungguh mengaplikasikan segala
panduan, tip dan teknik yang diberikan di dalam pakej ebook ini.
Kami hanya mahu ber-urusan dengan mereka yang serius sahaja
seperti yang kami nyatakan di laman utama "sales letter".
-
Pembeli yang ingin
dapatkan kembali wang bayaran mereka, perlu menunjukkan bukti
usaha mereka samada gambar air soya dan tau fu fah atau juga
jenis masalah yang dihadapi , hasil semasa usaha tersebut dan
beberapa perkara yang akan diminta sewaktu permohonan pulangan
kembali wang bayaran. Tanpa beberapa bukti usaha pembeli, pihak
kami berhak menolak permohonan pulangan wang.
-
Syarat-syarat
ketat sebegini dikenakan adalah kerana produk ini adalah digital
dan pihak kami tidak nampak apa yang dilakukan oleh pembeli.
2. Bayaran wang akan
dipulangkan kembali kepada pembeli dalam tempoh tujuh hari
selepas tarikh pengesahan permohonan pulangan wang yang berjaya.
Penerimaan
Bayaran, Pesanan dan Link Download Ebook
1. Anda (pembeli)
mesti mengikut langkah-langkah pembelian yang telah diaturkan agar
proses penyemakan pesanan dan pengesahan bayaran tidak bermasalah.
2. Anda sebagai
pembeli perlulah memasukkan maklumat yang betul ke dalam
borang pesanan dan pengesahan bayaran di bahagian halaman pembelian.
Kegagalan anda melakukan hal ini dengan cermat akan melambatkan
proses pengesahan pembayaran dan penghantaran link download kepada
anda.
3. Link download
ebook mestilah dirahsiakan dan hanya 'milik' anda. Jika kami dapati
anda mengedarkan link download, kami akan bertindak tegas.
4. Sebarang masalah
dengan link download, file rosak (corrupt) atau sebagainya, sila
laporkan kepada kami dengan segera untuk kami selesaikan masalah
tersebut.
5. Kebiasaannya,
file ebook adalah tidak bermasalah, cuma talian internet pembeli
yang bermasalah menyebabkan file tidak dapat didownload dengan
sempurna. Maka, ia adalah di luar daripada bidang kuasa kami. Jika
ia berlaku, anda perlu mencuba sehingga dapat atau kami akan bantu
anda melalui beberapa alternatif lain.
- Tamat Terma &
Syarat -
Jika anda
bersetuju dengan Terma dan Syarat di atas, maka teruskan
membeli
Ebook Rahsia Tau Fu Fah Terbongkar ini.
Jika
tidak
bersetuju, maka anda tidak digalakkan membeli Rahsia Tau Fu Fah
Terbongkar ini untuk mengelakkan ketidakpuashatian anda kelak.
|